![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 9 Ogos 2025 - No 1 Skuadron telah menganjurkan Majlis Lakaran Memori dan Majlis Makan Malam Jubli Perak CN235-220 bertempat di Hangar No 1 Skuadron dan Hotel Raia, Kuching.
Turut memeriahkan majlis tersebut ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Masro bin Kaliwon TUDM dan Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM.
Majlis ini merupakan salah satu platform untuk menghimpunkan warga CN235-220 yang masih berkhidmat dan juga yang telah bersara bagi bersama-sama meraikan ulang tahun ke-25 perkhidmatan pesawat CN235-220 dalam TUDM.
Pesawat CN235-220 yang merupakan hasil usahasama antara Sepanyol dan Indonesia telah memulakan perkhidmatan dalam TUDM pada tahun 1999. Pesawat ini masih kekal sebagai aset TUDM yang relevan dalam melaksanakan misi pengawasan maritim udara, pengangkutan taktikal dan pelbagai lagi misi jarak dekat serta sederhana.
Sepanjang 25 tahun perkhidmatan pesawat CN235-220, pelbagai sejarah dan memori telah berjaya dilakarkan. Antaranya ialah penglibatan secara langsung di dalam Misi Pencarian MH370, Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Tsunami Aceh dan Ops Daulat.
Selain menghimpunkan kru yang pernah berkhidmat bersama pesawat CN235-220, majlis ini juga merupakan satu tanda perjuangan sejarah dan legasi warga udara terdahulu yang masih diteruskan sehingga ke saat ini. Semoga hubungan ukhuwah ini dapat dikekalkan dan pesawat CN235-220 akan terus melakar memori-memori baharu di ruang udara negara tercinta Malaysia.