MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN JAMCC SEPANG

01 2 4
6 10 11
12 14 16
18 21 23

 

SEPANG, 28 Ogos 23 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan perasmian bangunan baharu bagi Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC) bertempat di Sepang, Selangor. Terdahulu, ketibaan PTU telah disambut oleh Brigedier Jeneral Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, Komander JAMCC bersama para pegawai dan anggota yang bertugas disitu.

Fungsi dan peranan JAMCC adalah membantu CRC/RAOC untuk pemantauan ruang Udara yang dipertanggungjawabkan daripada sebarang pencerobohan serta menguruskan ruang Udara negara untuk kegunaan operasi dan latihan semasa aman dan krisis. Organisasi ini juga bertindak sebagai agensi perantara yang proaktif serta bertanggungjawab mengkoordinasikan perkongsian maklumat pengurusan ruang Udara negara di antara CRC/RAOC dan ATCC.

Projek pembinaan bangunan ini yang seluas 3 ekar telah bermula dengan penyerahan tapak pada 27 Jan 2021. Proses pembinaan telah mengambil masa selama 26 bulan untuk disiapkan dan bangunan ini diserahkan secara rasminya kepada TUDM pada 3 April 2023. Bangunan ini terdiri daripada ruang pejabat pentadbiran dan bantuan bagi mendokong pengoperasian penempatan anggota TUDM yang bertugas bersama dengan pihak CAAM di Bangunan KLATCC, Sepang.

PTU dan delegasi turut meluangkan masa melihat persekitaran ruang pejabat dan menyantuni warga kerja yang menduduki ruang pejabat baharu tersebut. Dengan adanya pertambahan kemudahan ini, secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi tahap kecekapan dan kualiti kerja warga JAMCC Sepang dengan kemudahan ruang kerja yang lebih selesa dan persekitaran kerja yang kondusif.

Detik bersejarah ini turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; AKS Perancangan & Pembangunan, Mejar Jeneral Dato’ Muhamad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM; KS MAWILUD 1, Brigedier Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM dan Komander PU Sendayan, Kolonel Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM.