MAJLIS PENGHARGAAN MISI OPERASI STARLIGHT II

1 1A 2
3 4 5
6 7 8

 

KUALA LUMPUR, 18 Apr 23 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir ke Majlis Penghargaan Misi Operasi Starlight II. Majlis yang bersejarah ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan bertempat di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Tujuan diadakan majlis ini adalah bagi menghargai para pegawai dan anggota ATM yang terlibat dalam usaha menjayakan Misi Operasi STARLIGHT II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman Turkiye.

9 10 11
12 13 14

 

Dalam majlis tersebut, Menteri Pertahanan turut menyampaikan sijil perhargaan kepada wakil-wakil setiap elemen perkhidmatan yang menjayakan Misi Op STARLIGHT II yang telah diterajui oleh Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM.

Menteri Pertahanan dalam ucapan, beliau menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan yang telah dicapai dalam misi Op STARLIGHT II dan berjaya membuktikan kemampuan ATM untuk diaturgerakkan dalam masa yang singkat bagi melaksanakan sebarang operasi. Beliau juga berkesempatan melawat galeri bergambar yang memaparkan perjalanan operasi misi Op STARLIGHT II serta berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah bersama para petugas Op STARLIGHT II dan pegawai-pegawai serta anggota ATM.

16 17 18
19 20 21

 

Turut hadir dalam majlis sambutan tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Duta Turkiye ke Malaysia TYT Emir Salim Yüksel, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM, Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril bin Idrus dan Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM.