Select your language

MAJLIS PENGHARGAAN KECEMERLANGAN INSPRA MERAIKAN KEJAYAAN PEGAWAI DAN ANGGOTA

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 27 November 2025 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Kecemerlangan Warga INSPRA bagi meraikan pegawai dan anggota yang telah berjaya mengharumkan nama institut di peringkat Pangkalan, TUDM dan ATM sepanjang tahun 2025. Majlis penuh gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Haji Osman TUDM.

Komandan INSPRA, diiringi oleh Lt Kol Mohamad Hasry bin Azhar TUDM selaku Pemangku Ketua Jurulatih Latihan, turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada tiga (3) Tim Projek KIK yang telah mewakili INSPRA dalam Pertandingan KIK TUDM Tahun 2025 dan berjaya mara ke peringkat akhir. Senarai penerima adalah seperti berikut:

1. TIM KIK SKPU – PROJEK LITTLE ANGEL ALARM (LAA)
Tempat Ketiga – Kategori Penciptaan, Bidang Inovasi Sosial
• Mej Md Johari bin Md Jusoh TUDM
• Mej Mohd Sani bin Zakariya TUDM
• Kapt Nor Afiqah binti Mohammed Imran TUDM
• PW U I Mohd Firdaus bin Abu Samah
• F/Sjn Suryani bin Haryono
• Sjn U Aiman Danial bin Azlan

2. TIM KIK SKTU – PROJEK NASBAC-M
Kategori Penambahbaikan, Bidang Inovasi Sosial
• Kapt Eliyas Nusa bin Mohd Som TUDM
• Kapt Muhammad Syazwan bin Hussain TUDM
• Sjn U Muhammad Faiz Fathi bin Zahrin
• Kpl U Muhammad Azizi bin Che Mansor
• FSjn Muhammad Hafiz bin Omar

3. TIM KIK SKOM – PROJEK M.MAST 2.0
Kategori Penambahbaikan, Bidang Penyampaian Perkhidmatan
• Mej Mohd Faz’zli bin Abdullah TUDM
• Kapt Muhammad Faizal bin Shamsuddin TUDM
• FSjn Mohd Zulfikar bin Zaini
• FSjn Mohd Fauzi bin Zakaria
• Kpl U Muhamad Hafiz bin Khalid Ayubi
• PW U I Mohd Zuraidi bin Md Salamat
• FSjn Abdul Muiz bin Mamat

Bagi pencapaian sukan, seramai 19 penerima menerima Sijil Penghargaan atas kejayaan mengharumkan nama INSPRA setelah terpilih mewakili pelbagai kategori sukan di peringkat ATM, TUDM, Pangkalan dan Cawangan. Antara sukan yang menunjukkan pencapaian cemerlang ialah golf, hoki, bola sepak dan tenis. Kejayaan ini membuktikan bahawa warga INSPRA sentiasa bergerak seiring dengan hala tuju pucuk pimpinan TUDM sebagaimana Tonggak Keenam PTU iaitu Melestarikan Warga Udara yang menekankan aspek kecergasan, kecerdasan dan kesihatan warga udara. Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sumbangan Wang Kebajikan kepada empat (4) staf INSPRA sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan warga kerja.

Dalam ucapannya, Komandan INSPRA turut menzahirkan rasa bangga atas komitmen seluruh warga INSPRA dalam mengekalkan kecemerlangan sebagai Best Training Institute of The Year 2024. Beliau turut menggalakkan penglibatan berterusan dalam bidang sukan serta pertandingan KIK pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang menerima pengiktirafan serta kenaikan pangkat. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan demi kecemerlangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY