MAJLIS GRADUASI DAN PENYAMPAIAN DIPLOMA KURSUS PEMERINTAHAN DAN STAF MALAYSIA (KPSM) SIRI 49/2020

1 2 3
5 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

PUTRAJAYA, 24 Sep 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah menghadiri Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 49/2020 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.

Majlis Penyampaian Diploma KPSM 49/2020 yang berlangsung di Auditorium Utama, PUSPAHANAS disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM. Di dalam majlis ini menyaksikan seramai 21 pegawai kanan TUDM berjaya menamatkan kursus ini yang bermula pada Ogos 2019 hingga Sep 2020. Mereka adalah di antara 164 penuntut kursus yang turut terdiri daripada 82 pegawai kanan Tentera Darat Malaysia, 21 pegawai kanan TLDM, seorang masing-masing dari Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta 38 orang pegawai tentera dari 23 negara sahabat yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Graduan kursus ini akan menerima sijil 'psc’ (passed staff college) dan Post-Graduate Diploma in Strategic and Defence Studies iaitu program diploma yang telah dibangunkan dengan kerjasama MTAT dan UPNM.

Pada majlis ini, Mej Mohd Mustafa bin Omar TUDM telah terpilih sebagai penerima Anugerah Komandan: Kertas Akademik Terbaik KPSM Siri 49/2020 bagi Penuntut Kursus Malaysia dengan kertas kerja ”Aircraft Crash Management: A Case Study of MH17 Incident”. Penuntut kursus dari Australia, Squadron Leader Mark Justin Williams terpilih penerima Anugerah Komandan: Kertas Akademik Terbaik KPSM Siri 49/2020 bagi Penuntut Kursus Luar Negara dengan kertas kerja ”South China Sea: Reshaping Australia’s Foreign Policy”. Selain itu, Anugerah UPNM: Akademik Terbaik telah dianugerahkan kepada Mej Jeremy Matthew Mar Fan dari Australia dan Mej Ir. Arjun Gopinathan yang masing-masing memperoleh keputusan PNGK (CGPA) yang terbaik iaitu CGPA 4.0 manakala Mej Shaun Andrew Michael dari Singapura dan Mej Mohamad Aziz bin Ahmad Azhar dinobatkan sebagai penerima Anugerah Haigate: Modul Ketenteraan Terbaik. Bagi Anugerah Lembaga MTAT: Keseluruhan Terbaik iaitu merangkumi pengetahuan akademik, pengaplikasian prinsip dan pengetahuan ketenteraan, berkebolehan merancang serta mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang cemerlang telah dianugerahkan kepada Mej Shaun Andrew Michael dari Singapura bagi Penuntut Luar Negara dan Mej Maslinda binti Dato’ Masood bagi Penuntut Kursus Malaysia.

Kursus anjuran Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) ini adalah untuk melatih penuntut menjawat jawatan sebagai Pemerintah dan Staf di dalam perkhidmatan bersama. Penuntut didedahkan dengan strategi dan pertahanan untuk menganalisa, mentafsir, melaksanakan tugas sebagai Pegawai Memerintah serta berkemahiran menyelesaikan pelbagai masalah secara kritis dan kreatif.

Majlis Penyampaian Diploma KPSM 49/2020 buat julung kalinya di lokasi baharu ini turut dihadiri oleh Panglima-Panglima Perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan TUDM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM , Naib Canselor UPNM, Ambassadors, High Commissioner, Penasihat Pertahanan dan ahli keluarga penuntut kursus dan mengekalkan kepada pematuhan SOP langkah pencegahan COVID-19. Tahniah diucapkan kepada semua penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 49/2020 serta para tenaga pengajar MTAT.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer