KINRARA, 6 Apr 22 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama warga INSMAT TUDM Kinrara bertempat di perkarangan Surau Al-Hijriah, INSMAT.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM serta pegawai-pegawai dari Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara dan INSMAT.
Penganjuran majlis berbuka puasa ini diadakan berkesinambungan dari lawatan serta pemeriksaan tahunan oleh pihak Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara ke institut ini serta bagi mengeratkan lagi hubungan di antara peringkat markas pendidikan bersama-sama para pegawai, anggota serta peserta kursus di bawah naungannya.
Dalam majlis ini juga, turut diadakan persembahan nasyid dari peserta kursus selepas solat tarawih berlangsung. Panglima Pendidikan dan Latihan Udara turut menyampaikan sumbangan kepada adik Aliff Irfan pesakit Autisme Specture Disorder yang merupakan waris kepada FSjn Imran bin A. Latiff dari seksyen Khidmat Bantuan dan juga sumbangan kepada adik Izara Ryana Sofea pesakit Neuroblastoma (kanser saraf) iaitu waris kepada Kpl U Mohamad Ramdan bin Hassim dari seksyen Sekolah Sistem Pengangkutan. Sebagai maklumat tambahan, sebahagian peruntukan bagi menjayakan majlis dan program ini digunakan melalui peruntukan KSSKA dan Kontigensi KSSKA INSMAT.
Panglima Pendidikan dan Latihan Udara mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga INSMAT di atas penganjuran majlis berbuka puasa tersebut dan mengucapkan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini.