LT JEN DATO' MOHD SHAHADA BIN ISMAIL TUDM DILANTIK SEBAGAI PANGLIMA OPERASI UDARA

1 3 4
5 6 7

 

SUBANG, 27 Jun 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir ke Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Operasi Udara yang diadakan di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Pangkalan Udara Subang, hari ini. Ketibaan Panglima Tentera Udara turut diiringi oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM.

Perbarisan pada petang ini terdiri daripada empat (4) pegawai dan 73 anggota LLP ini diketuai oleh Mej Khairul Amir bin Mokhtar TUDM manakala ajutan perbarisan ialah Kapt Tuan Mohd Rizqin bin Tuan Ab Aziz TUDM.

Di dalam upacara serah terima tugas ini, Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM menyerahkan tugas Panglima Operasi Udara kepada Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang disaksikan oleh Panglima Tentera Udara.

8 9 10
11 12 13

 

Selesai upacara serah terima tugas Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menerima tabik hormat dari anggota perbarisan sebagai Panglima Operasi Udara yang baharu.

Turut hadir di perbarisan ini ialah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM; Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM, Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta anggota LLP khususnya warga MPOU.

Seluruh warga TUDM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang telah menggalas tugas dan amanah sebagai Panglima Operasi Udara serta ucapan tahniah kepada Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Operasi Udara yang baharu. Semoga Markas Pemerintahan Operasi Udara terus cemerlang di bawah tampuk panglima pemerintahan yang baharu.