GONG KEDAK, 9 Ogos 21 - Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM bersama Tim lawatan telah membuat tinjauan ke Cawangan Operasi dan Terminal Peluru 4 bagi mengenalpasti isu permasalahan berkaitan Radar (ASR) MELOR dan OKA-E-1.
Dalam kesempatan ini juga, Panglima Bantuan Udara berkesempatan melawat MATRA 3 bagi melihat perolehan jentera baru dan peralatan serta ke Skn 321 bagi meninjau dua (2) generator dan radome yang telah selesai pembaikan.
Turut serta sama Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM serta Pegawai Eksekutif dan Pegawai-pegawai Pangkalan Udara Gong Kedak.