KOTA KINABALU, 9 Feb 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan lawatan rasmi ke PUKALUB Kota Kinabalu. Lawatan rasmi ini turut disertai isteri Panglima Tentera Udara iaitu Puan Sri Norainy binti Shahar Alam merangkap Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU). Ketibaan Panglima Tentera Udara bersama delegasi telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 2 (PANGWILUD 2), Mej Jen Dato' Hj Shamsudin bin Kassim TUDM bersama-sama Komander Pangkalan PU Labuan, Brig Jen Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM serta Pegawai Memerintah PUKALUB, Lt Kol Noor Hayusri bin Noordin TUDM dan isteri, Puan Yuhanis binti Majid selaku Pengerusi BAKAT Udara PUKALUB serta kumpulan eksekutif pangkalan.
Di dalam rangka lawatannya, Panglima Tentera Udara dan delegasi telah melawat ke RKAT Taman Sri Angkasa disambut oleh Pegawai Memerintah PUKALUB. Kehadiran yang dinantikan yang mana Panglima Tentera Udara turut merasmikan Casa Al-Hidayah yang dibina bagi tujuan aktiviti-aktiviti berkaitan surau, dewan kuliah, bilik mesyuarat dan dewan makan bagi pegawai dan anggota PUKALUB. Casa Al- Hidayah diberi nama sempena lokasinya yang bersebelahan dengan Surau Al- Hidayah RKAT Taman Sri Angkasa telah mula dibina pada 14 Nov 21 dan siap sepenuhnya pada 25 Jan 22.
Seterusnya, diadakan sesi dialog Panglima Tentera Udara bersama warga PUKALUB bagi mengetahui perkembangan dan cabaran semasa. Beliau turut menyampaikan beberapa amanat beliau disamping ucapan terima kasih kepada seluruh warga PUKALUB di atas komitmen yang diberikan sepanjang bertugas di penempatan berkenaan.
Meneruskan rangka lawatan, Panglima Tentera Udara telah ke Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) Tawau. Ketibaannya di Dataran PBOU, Panglima Tentera Udara dan delegasi telah disambut oleh Ketua Staf Operasi Udara-ESSCOM, Brig Jen Norazman bin Samion TUDM. Beliau telah meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama warga PBOU, ATB 2 dan ESSCOM sebelum mengakhiri lawatan kerja beliau di PUKALUB dan Tawau.
Dalam masa yang sama, berlangsung lawatan Pengerusi JTBU ke Rumah BAKAT PUKALUB oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Puan Sri Norainy binti Shahar Alam. Puan Sri Norainy dan delegasi disajikan dengan pameran kraftangan. Beliau turut menyantuni dan meluangkan masa beramah mesra bersama ahli BAKAT Udara PUKALUB.
Turut serta mengiringi Panglima Tentera Udara adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Asisten Ketua Staf Materiel, Mej Jen Dato' Zainal bin Abdul Manaf TUDM; Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang turut disertai isteri bagi lawatan BAKAT Udara.