LAWATAN KERJA RASMI PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20220804 WA0043 IMG 20220804 WA0044 IMG 20220804 120754 289
IMG 20220804 114632 488 IMG 20220804 114439 406

 

IPOH, 3 Ogos 22 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM buat julung kalinya melaksanakan lawatan kerja rasmi ke Akademi Tentera Udara (ATU). Ketibaan PPLU dan delegasi telah disambut oleh Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM. Turut sama mengiringi di dalam lawatan kerja ini adalah Tim pemeriksaan MPPLU yang diketuai oleh Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM; Pengarah Latihan MPPLU, Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM; serta Pegawai-pegawai Kanan MPPLU dan Pegawai-pegawai ATU.

Lawatan kerja ini telah dimulakan dengan menandatangani buku lawatan di Wisma Perwira. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk meninjau blok penginapan perajurit muda di Sekolah Latihan Perajurit Muda (SLPM) dan Kelab Rekreasi PjM. Di dalam lawatan ini, PPLU telah melihat sendiri kemudahan fasiliti yang telah disediakan oleh pihak akademi.

PPLU dan delegasi turut dibawa ke Kampung Survival bagi acara menanam pokok durian. Acara diteruskan lagi dengan acara melepaskan anak ikan di kolam Komandan yang merupakan acara simbolik di ATU. PPLU turut diberi taklimat oleh Komandan ATU secara 'walking brief' semasa lawatan tentang permasalahan serta cabaran yang dihadapi ATU.

Beliau seterusnya dibawa ke Dewan Cenderawasih bagi menyantuni warga ATU dan meluangkan masa beramah mesra bersama pegawai, staf serta PjM U Siri 65/22. Sebagai pucuk pimpinan TUDM, beliau turut mengambil kesempatan ini dengan memberi nasihat membina kepada bakal penggerak generasi baru TUDM agar terus bersemangat menjalani latihan dan cekal menempuh perjalanan sehingga garisan terakhir yang berbaki lima bulan lagi.

PPLU mengakhiri lawatan rasmi beliau tepat jam 1430 menuju ke PU Sendayan. Warga ATU amat menghargai keprihatinan yang dizahirkan sepanjang lawatan rasmi tersebut dan berharap kunjungan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.