![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
NILAI, 8 Ogos 2025 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Zetro Aerospace and Defence Sdn Bhd di Nilai, Negeri Sembilan.
Lawatan kerja ini adalah bagi memaksimakan peluang kolaborasi strategik dengan industri dan rakan strategik dalam memastikan kemampanan aset dan kejayaan operasi TUDM sepertimana tonggak keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu “Meningkatkan Dokongan Logistik”. Selain itu, lawatan Panglima Tentera Udara ini juga untuk melihat keupayaan syarikat–syarikat di bawah industri pertahanan dalam mendukung kelestarian operasi (operational sustainability) khususnya kepada TUDM.
Panglima Tentera Udara telah diberikan taklimat oleh Pengarah Urusan Syarikat, Dato' Mohd Zamri Hj Muda berhubung organisasi dan pengoperasian semasa ZETRO. Dalam taklimat tersebut, Panglima Tentera Udara turut menyuarakan pandangan dan idea dalam usaha untuk menentukan hala tuju industri pertahanan negara berada di landasan yang utuh serta mampu menyumbang kepada kemampanan pertahanan negara ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya, Panglima Tentera Udara telah dibawa melawat ke Zetro Central Repair Facilities yang merupakan pusat penyelenggaraan berpusat milik Zetro yang melaksanakan perkhidmatan pembaikan, pengujian dan penyelenggaraan sistem.
Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM; AKS Perancangan & Pembangunan, Mejar Jeneral Mohd Sani bin Omar TUDM dan AKS Kejuruteraan, Mejar Jeneral Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM.