LAWATAN KERJA PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE SEKOLAH KULINARI DAN HOSPITALITI, PUSAT HOSPITALITI TENTERA UDARA

1 2

 

TANJUNG BUNGAH, 16 Mac 21 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH), Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU).

Ketibaan PPLU telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM; Pengarah Kurikulum, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM; Pegawai Memerintah PHU, Mej Abd Rahim bin Ahmad TUDM; Ketua SKH, Kapt Mohamad Shakir bin Eddy Warman TUDM.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat serta mendapatkan maklumat terkini dalam pelbagai aspek yang berkaitan kursus-kursus semasa yang dijalankan di SKH serta meninjau pembelajaran penuntut-penuntut di SKH yang sedang dilaksanakan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer