LAWATAN KERJA PANGLIMA OPERASI UDARA KE SERUDONG & KALABAKAN

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KOTA KINABALU, 19 Oktober 2021- Pos Serudong dan Pos Kalabakan adalah merupakan destinasi terakhir dalam rangka Lawatan Kerja Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM ke Wilayah Udara 2.

Panglima Operasi Udara dalam rumusannya berpuas hati hasil daripada tinjauan dan taklimat yang telah disampaikan di setiap lokasi lawatan. Beliau turut mendapati kesemua pos operasi di Wilayah Udara 2 berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi dan terbaik. Dalam pada itu, beliau juga turut memberi arahan-arahan operasi dalam beberapa perkara bagi menambah baik serta meningkatkan lagi aspek pengoperasian dengan tujuan memantapkan serta mengutuhkan kawalan sempadan negara dari sebarang pencerobohan anasir-anasir yang berpotensi mengancam kestabilan dan keamanan Malaysia.

Panglima Operasi Udara juga telah melawat ke Pusat Bantuan Operasi Udara TUDM (PBOU) di Tawau dan menyantuni warga TUDM di sana.