LAWATAN KERJA PANGLIMA OPERASI UDARA KE BA'KELALAN, BARIO & SELIKU

245890633 238843128287162 2501833381406688162 n 245899807 238843211620487 496853172151688640 n 245906799 238843251620483 2994013808877363309 n
245907742 238843011620507 5383651914634719502 n 245911071 238843401620468 3379079325080988548 n 245930673 238843054953836 6351587253743042222 n
245944400 238843094953832 5119069695385815910 n 246861184 238842928287182 712678818344492348 n 246902044 238842961620512 4130446631606514332 n

 

KOTA KINABALU, 17 Okt 21- Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pos Ba'kelalan, Pos Bario dan Pos Saliku. Lawatan kerja yang turut disertai oleh Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, Brig Jen Mohd Nor Rashid bin Samingon TUDM ini bertujuan memberi suntikan semangat serta mengenalpasti masalah yang dihadapi anggota dalam menjaga sempadan negara daripada diceroboh.

Panglima Operasi Udara dalam lawatannya telah di bawa melawat ke Pos Gabungan Malaysia-Indonesia iaitu Kem JPG Ba'kelalan, Kem Bario, dan Kem Sri Saliku yang merupakan pos operasi bagi OP JAGAKAWAN dan OP BALASAH.

Dalam rangka lawatan Panglima Operasi Udara, beliau turut di bawa melihat sendiri lokasi di mana pesawat helikopter TUDM sering melaksanakan penerbangan operasi bagi menyokong operasi Tentera Darat Malaysia. TUDM sentiasa komited dan siap siaga dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi menyokong operasi ATM mempertahankan kedaulatan negara.