LAWATAN KERJA PANGLIMA BANTUAN UDARA KE PANGKALAN UDARA LABUAN

IMG 20230608 205423 006 IMG 20230608 212724 807 IMG 20230608 212317 460
IMG 20230608 WA0048 IMG 20230608 WA0035 IMG 20230608 WA0039
IMG 20230608 WA0042 IMG 20230608 205607 168 IMG 20230608 212152 940

 

Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro Bin Kaliwon TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Labuan (PU Labuan) bermula dari 7 Jun sehingga 8 Jun 2023.

Ketibaan Panglima Bantuan Udara dan delegasi telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Hj Muhammad Taha Bin Hamdan TUDM bersama Eksekutif Pangkalan bertempat di Bangunan Pergerakan Udara, PU Labuan.
Lawatan Kerja Panglima Bantuan Udara ke PU Labuan adalah antara siri lawatan rasmi beliau untuk meninjau keperluan yang diperlukan untuk memastikan kesiapsiagaan sesebuah pangkalan operasi sentiasa tercapai.

Dalam rangka lawatan ini, Panglima Bantuan Udara telah diberikan taklimat mengenai cabaran dan kekangan serta isi-isu semasa di Terminal Peluru 3 (TP 3) yang telah disampaikan oleh Ketua TP 3 iaitu Mej Joevannie Ross Lim Carreon TUDM. Seterusnya, Panglima Bantuan Udara telah membuat lawatan ke kawasan penyimpanan bahan letupan serta meninjau kawasan persekitaran TP 3.

Pada sesi petang Panglima Bantuan Udara meneruskan lawatan ke Cawangan Kejuruteraan dan telah diberikan taklimat mengenai status pembaikan semasa dan perancangan hadapan pesawat M30-07 & M30-14 dan seterusnya dibawa untuk membuat tinjauan secara fizikal ke pesawat tersebut.

Tinjauan ini adalah bertujuan untuk memastikan penyenggaraan pesawat-pesawat tersebut berjalan lancar dan juga mengenal pasti kekangan serta cabaran yang dihadapi oleh Cawangan Kejuruteraan untuk diambil tindakan sewajarnya bagi memastikan penyelengaraan disiapkan mengikut jadual yang dirancang. Pada sebelah malamnya, Panglima Bantuan Operasi telah menghadiri majlis makan malam dan sesi ramah mesra bersama para pegawai PU Labuan di Mes Pegawai.