LAWATAN KEBAJIKAN PANGLIMA TENTERA UDARA DI HATTM

1 2 3

 

KUALA LUMPUR, 5 November 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah meluangkan masa menziarahi pegawai kanan TUDM dan mantan Ketua Staf Markas ATM yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM).

PTU terlebih dahulu melawat mantan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato' Nawi bin Alias TUDM (Bersara) dan kemudiannya melawat Mej Helmi bin Marjuni TUDM dan Mej Erwin Khusairie bin Abdul Ghani TUDM yang kini menjalani rawatan di sana.

Dalam lawatan kebajikan ini juga, Panglima Tentera Udara telah menyampaikan cek sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM. PTU juga turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Mej Erwin TUDM bagi memudahkan urusan pergerakan beliau dan mendapatkan rawatan berterusan.

Lawatan ini turut diiringi oleh AKS Materiel, Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM; AKS Tadbir, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM dan Pengarah Perkhidmatan, Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM.

Sumbangan yang disampaikan ini sebagai tanda keperihatinan TUDM di dalam menjaga kebajikan warganya terutama mereka yang mengidap sakit yang dikategorikan di dalam sakit kronik dan semoga dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi . Seluruh warga TUDM mendoakan semoga semua urusan perubatan dan rawatan ke atas mereka dipermudahkan dan diberikan kesembuhan oleh Allah S.W.T.