LATIHAN KUASA TEMBAKAN (LKT) TAHUN 2022

WhatsApp Image 2022 06 21 at 45449 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45450 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45450 PM 1
WhatsApp Image 2022 06 21 at 45451 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45451 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 21 at 45452 PM

 

GEMAS, 21 Jun 22 - YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bercemar duli menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Latihan ini merupakan pendekatan yang selari dengan perancangan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Pelan Strategik MINDEF 2022 serta Kertas Putih Pertahanan iaitu memastikan kesiagaan ATM terus berada pada tahap tertinggi demi mempertahankan kedaulatan negara.

WhatsApp Image 2022 06 21 at 45452 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 21 at 45453 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45453 PM 1
WhatsApp Image 2022 06 21 at 45454 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45454 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 21 at 45455 PM

 

LKT melibatkan seramai 2,300 pegawai dan anggota daripada pelbagai kepakaran serta 644 pelbagai jenis kenderaan tempur, kenderaan sokongan dan sistem persenjataan. Antaranya ialah PT 91M PENDEKAR, AV8 Gempita, AV 4 Lipan Bara, ACV 300 Adnan dan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV).

Manakala aset persenjataan pula merangkumi persenjataan kecil hingga ke meriam berkaliber besar dan roket seperti Unit Lancar Berganda (ULB) Astros II, Meriam 155 MM G5 MK III, Meriam 105 MM PH L5, Anti-Tank Guided Missile (ATGM) INGWE, BAKTAR SHIKAN, Mortar 120MM dan 81MM serta Rocket-Propelled Grenade (RPG-7 40MM).

WhatsApp Image 2022 06 21 at 45455 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 21 at 45503 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45456 PM
WhatsApp Image 2022 06 21 at 45504 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45504 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 21 at 45544 PM

 

Aset udara yang terlibat dalam latihan kuasa tembakan pula ialah helikopter daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Helikopter Super Lynx dan AS555 Fennec dari TLDM, Helikopter EC 725 dari TUDM serta Helikopter Agusta A109 LOH dan MD530G dari PUTD.

Manakala dalam segmen tembakan tidak langsung, keupayaan 'Tactical Display Air Support' (CAS) bagi pesawat TUDM dalam latihan ini melibatkan aset-aset pesawat pejuang iaitu F/A 18 D Hornet dan BAE Hawk 208.

WhatsApp Image 2022 06 21 at 45544 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 21 at 45545 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45549 PM
WhatsApp Image 2022 06 21 at 45549 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 21 at 45550 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 45550 PM 1

 

Turut hadir menyaksikan acara adalah Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan tidak terkecuali Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM selain pegawai-pegawai kanan serta penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia dari Maktab Turus Angkatan Tentera.

WhatsApp Image 2022 06 21 at 60207 PM WhatsApp Image 2022 06 21 at 60207 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 22 at 100742 AM
WhatsApp Image 2022 06 22 at 100742 AM 1 WhatsApp Image 2022 06 22 at 100743 AM WhatsApp Image 2022 06 22 at 100744 AM