KUALA LUMPUR, 23 Nov 23 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), YDH DCP Datuk Victor B Sanjos di pejabat TPTU, hari ini.
Dalam kunjungan hormat ini, antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan sumber manusia melibatkan pegawai dan anggota TUDM di ESSCOM, penggunaan aset TUDM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di ESSZone serta hala tuju dan konsep pengoperasian ESSCOM dengan bantuan TUDM.
YDH DCP Datuk Victor B Sanjos turut menzahirkan ucapan penghargaan di atas bantuan dari segi keselamatan sepanjang program Kembara Kenali Borneo yang lepas, juga berkaitan pengoperasian termasuk kerjasama strategik berterusan di antara kedua-dua pihak dalam isu keselamatan dan ketenteraman negara.