KUNJUNGAN HORMAT ERATKAN JALINAN KERJASAMA TUDM DAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

1 2
3 4

 

Putrajaya, 17 Feb 21 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini telah melaksanakan kunjungan hormat terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YBhg Datuk Isham bin Ishak di pejabat beliau di Putrajaya. Turut bersama PTU ialah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM dan AKS P&P, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustafa TUDM.

Kunjungan hormat ini bagi mengeratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara TUDM dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Di dalam pertemuan ini, PTU turut menjelaskan berkenaan Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55) yang selari dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang antaranya menggariskan salah satu daripada lima (5) ciri utama untuk Angkatan Masa Hadapan iaitu berkeupayaan beroperasi serentak di dua wilayah (2 theatre).

Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia dan TUDM juga membincangkan beberapa hala tuju dan kerjasama pengoperasian "Joint Airspace Management Coordination Centre" (JAMCC) pada masa hadapan.

Kunjungan hormat diakhiri dengan pertukaran cenderamata kenangan dan PTU turut menguntukkan masa bertemu dan menyantuni warga TUDM yang bertugas di Kementerian Pengangkutan.