'EXECUTIVE TALK' PANGLIMA TENTERA UDARA BERSAMA PENUNTUT MAKTAB KETAHANAN NASIONAL (MKN)

1 2 3 4
5 6 7 8
9 10 11 12
13 14 15 16
17 18 19 20
21 22 23

 

PUTRAJAYA, 10 Ogos 23 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah dijemput untuk menyampaikan 'Executive Talk' kepada para penuntut Maktab Ketahanan Nasional (MKN) bertempat di PUSPAHANAS, Putrajaya hari ini.

Seramai 24 orang penuntut MKN berpangkat Brigedier Jeneral dan Kolonel setaraf terdiri daripada 11 Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia, 5 Pegawai Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia, 5 Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia, manakala seorang Pegawai Kanan Tentera Darat dari Mesir, seorang Pegawai Kanan Tentera Laut dari Brunei dan seorang Pegawai Awam dari STRIDE telah mendengar penyampaian 'executive talk' oleh Panglima Tentera Udara yang bertajuk Malaysia's National Defence: The Royal Malaysian Air Force Preparedness In The National Defence Strategy.

Panglima Tentera Udara telah memfokuskan kepada dua (2) elemen utama berkaitan tajuk yang disampaikan iaitu 'The Armed Forces Capability Development Strategy' dan 'RMAF Vision & Way Forward to Meet The National Defence Expectation. Pada akhir penyampaian, Panglima Tentera Udara turut membuka ruang bagi sesi soal jawab bersama para penuntut MKN untuk berkongsi pandangan dan pendapat khususnya dalam aspek keselamatan dan pertahanan ketenteraan.

Turut sama dalam sesi 'executive talk' Panglima Tentera Udara adalah Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Dato' Zulhelmy bin Ithnain dan Komandan MKN, Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar.