EKS TACOP 2/21 PANGKALAN UDARA LABUAN

1 2 3
4 5 6

 

LABUAN, 14 Nov 21 – Pangkalan Udara Labuan telah diberi mandat sebagai tuan rumah bagi EKS “TACTICAL OPERATION” ( TACOP 2/21) dimana Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) telah bertindak sebagai markas penganjur eksesais. Eksesais ini telah berlangsung selama tujuh (7) hari iaitu 7 Nov hingga 14 Nov 21. Eksesais ini telah melibatkan beberapa Skn Penerbangan TUDM seperti No 5 Skn (Pesawat EC 725), No 14 Skn (Pesawat C-130H), No 20 Skn (Pesawat C-130H) dan juga PI Hantaran Udara 10 Kom KPD (PARA).

Eksesais telah dilaksanakan bagi menguji tahap keupayaan serta kompetensi anak kapal dalam melaksanakan hantaran udara berdasarkan keperluan Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU). Latihan yang berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) telah menggariskan 3 (tiga) objektif utama iaitu:

1. Mengekalkan kompetensi dan meningkatkan kemahiran anak kapal pesawat angkut dan helicopter serta platun hantaran udara agar sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

2. Melaksanakan “Currency and Conversion” bagi anak-anak kapal TUDM.

3. Melatih pegawai dan anggota dalam menghadapi Eksesais Paradise yang diadakan pada setiap tahun.

Sepanjang Eksesais ini berlangsung, setiap peserta telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi dalam menjayakan setiap misi yang telah dirancang. Kesemua objektif yang digariskan telah dicapai dengan jayanya. Meskipun perlu mengadaptasikan norma baharu berikutan cabaran pendemik COVID-19, semua yang terlibat sentiasa positif dalam memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.