KUANTAN - Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) melaksanakan Eksesais JAGUH (IRON FIST) 2021 peringkat pertama di Pangkalan Udara Kuantan bermula pada 4 sehingga 7 Mac 21 melibatkan pesawat Hawk 108/208 dari No. 15 Skuadron dan pesawat F/A-18D dari No. 18 Skuadron.
Eks IRON FIST merupakan pertandingan Air to Ground (ATG) atau Tembakan Udara ke Bumi di antara skuadron pesawat pejuang TUDM di Lapang Sasar Udara Penor yang bertujuan untuk menilai kemampuan dan kepakaran individu, tim dan skuadron penerbangan dalam melaksanakan operasi udara.
Sebanyak tiga piala dipertandingkan bagi Eks IRON FIST ini iaitu:
1. TOP GUN PILOT
2. TOP GROUND CREW
3. TOP GUN SQUADRON
Melalui pertandingan IRON FIST ini, Skuadron Pejuang TUDM diuji dari aspek kecekapan dan kompetensi dalam menentukan kesiapsiagaan aset dan anak kapal serta juruteknik TUDM sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Walau bagaimanapun, pertandingan hanyalah sebagai faktor pemangkin untuk meningkatkan semangat berpasukan kerana fokus utama menumpukan kepada kompetensi, kemahiran dan kecekapan (profiency) juruterbang pesawat pejuang TUDM khususnya ke arah pemerkasaan TUDM seiring dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau CAP 55.
BERUPAYA BERSIAGA, KEDAULATAN TERJAGA!
SENTIASA DI ANGKASARAYA