DUA PEMIMPIN ANGKATAN UDARA BERKONGSI PANDANGAN MENGENAI HUBUNGAN BILATERAL TUDM DAN JASDF

WhatsApp Image 2021 07 28 at 100805 PM WhatsApp Image 2021 07 28 at 100806 PM

Kuala Lumpur, 28 Jul 2021- Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah mengadakan Persidangan Video bersama Jeneral IZUTSU Shunji, Ketua Staf, Koku - Jieitai (JASDF) pada jam 2.30 petang waktu Malaysia bertempat di Pejabat Panglima Tentera Udara, Wisma Pertahanan. Kedua-dua pemimpin Tentera Udara ini turut menyentuh situasi Covid-19 di kedua-dua negara dan bertukar pandangan mengenai persekitaran keselamatan dan keamanan serantau. Jeneral Izutsu menyatakan keprihatinan serius terhadap Undang-Undang Pengawal Pantai China (China’s Coast Guard Law) dan menekankan perlunya kerjasama erat dengan Komuniti Antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin Tentera Udara juga berkongsi pandangan dan bertukar maklumat di dalam meningkatkan dan mendalami kerjasama pertahanan di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Japan Air Self-Defense Force (JASDF). Perbincangan menjurus kepada kerjasama udara dan aktiviti bilateral melalui cadangan dalam forum Air Staff Talks (AST). AST akan membolehkan serta membuka ruang dan peluang kepada warga TUDM dan JASDF untuk mengambil bahagian dalam program pertukaran dan meningkatkan peluang hubungan dua hala di antara kedua angkatan udara.