SENDAYAN, 4 Mei 2021 - Pangkalan Udara Sendayan telah menjadikan pengisian program Tadarus Al-Quran sebagai antara program mengimarahkan bulan Ramadan. Program ini turut melibatkan ahli-ahli BAKAT Udara PU Sendayan bersama warga pangkalan yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran bertempat di Pusat Islam, PU Sendayan.
Program yang bermula jam 9.30 pagi berlangsung kira-kira dua jam dimulai dengan bacaan khatam Al-Quran, Penyampaian saguhati kepada peserta tadarus, dan Penyampaian Sumbangan dari Kelab Pewira.
Seramai 13 orang ahli BAKAT Udara menyertai program tadarus secara bersemuka yang telah diadakan di Rumah BAKAT PU Sendayan sepanjang bulan Ramadan ini.
Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah turut menyampaikan bantuan kebajikan dan saguhati kepada warga pangkalan. Manakala bagi penyampaian saguhati kepada ahli BAKAT Udara telah disempurnakan oleh Pn Dr. Halina bt Harun, isteri kpd PPLU. Turut hadir ialah Brig Jen Abdul Halim TUDM, KS MPPLU dan isteri, Pn Farizan bt Fadzil.
Pengisian program Tadarus seperti ini dijadikan program tetap khususnya ibadah di bulan Ramadan ke arah pemantapan nilai jati diri sebagai umat Islam. Ia juga menjadi nilai tambah kepada setiap warga TUDM yang mempunyai kekuatan jiwa, minda dan spiritual yang mampu meningkatkan kecemerlangan diri, keluarga dan organisasi.