Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan Penyampaian Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (AITUDM) Tahun 2021 bertempat di Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang hari ini. Ia menjadi acara tahunan inovasi yang sangat berprestij dalam kalendar program TUDM yang dikelolakan oleh Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM.
Empat (4) kategori telah dipertandingkan bagi AITUDM 2021 dan keputusan pemenang adalah seperti berikut:
1. Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan – Penciptaan.
a. Johan : (Kumpulan Ramp Toes Shoes Extension (RTSE)), No. 22 Skn, PU Subang.
b. Naib Johan: (Kumpulan Cartridge Destroyer), Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara.
c. Tempat Ketiga: Kumpulan Backpack Fire Hydrant Sprayer(BFHS), Cawangan Bomba, PU Subang.
2. Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan – Penambahbaikan.
a. Johan: (Kumpulan Rapid Tools Finder (RTF)), No. 16 Skn, PU Subang.
b. Naib Johan: (Kumpulan RAOC 1 Sentry Workstation- Modernization (RSW-M)), PUSPEKA, PU Subang.
c. Tempat Ketiga: (Kumpulan SU-30MKM Telescopic Ladder (Su-TL)), No. 12 Skn, PU Gong Kedak.
3. Kategori Inovasi Sosial - Penciptaan.
a. Johan: (Kumpulan Smart Power Distribution Unit (SMART- PDU)), Cawangan Kejuruteraan, PU Labuan.
b. Naib Johan: (Kumpulan Alert Extender (ALEXANDER)), PLTB III, PU Kuantan.
c. Tempat Ketiga: (Kumpulan Radar Protocol Analyzer (RPA)), Skn 310, PU Butterworth.
4. Kategori Inovasi Sosial - Penambahbaikan.
a. Johan: (Kumpulan E-Defect Report), Cawangan Tadbir, PU Subang.
b. Naib Johan: (Kumpulan Versatile Interactive Dome (VID2.0)), Cawangan Kejuruteraan, PU Kuantan.
c. Tempat Ketiga: (Kumpulan Smart Patrol Guard (SPG-21)), No. 2 SKN, PU Subang.
Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Terbang Selamat, Green Endorsement dan Anugerah Stereng Emas. Anugerah Terbang Selamat dianugerahkan kepada juruterbang sebagai pengiktirafan di atas keupayaan serta kemampuan di dalam menerbang dan mengendalikan pesawat TUDM tanpa mengalami sebarang insiden/kemalangan yang berpunca daripada kesilapan juruterbang itu sendiri (aircrew factor). Penerima Anugerah Terbang Selamat (Pin Perak) dianugerahkan kepada Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM dan Lt Kol Ahmad Subki bin Tugimin TUDM. Manakala Anugerah Terbang Selamat penerima Pin Gangsa ialah Lt Kol Asroha binti Haron TUDM, Mej Noor Fadzli bin Ahmad TUDM, Mej Adnan bin Rosli TUDM, Mej Hamdi bin Tajuddin TUDM dan Mej Mohd Amin bin Ibrahim TUDM.
Anugerah Green Endorsement telah dianugerahkan kepada Kapt Mohamad Affendi bin Bustamy TUDM dari No. 6 Skn. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kerana berjaya melakukan tindakan serta merta dengan selamat dan membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.
Anugerah Stereng Emas pula merangkumi kategori Pemandu Cemerlang dan Fleet Kenderaan Terbaik untuk memupuk semangat budaya kerja cemerlang di kalangan anggota Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK) bagi memberi perkhidmatan yang profesional dan selamat. Johan bagi Anugerah Pemandu Cemerlang dimenangi oleh LUK Muhamad Hilmi bin Waka. Bagi Anugerah Fleet Kenderaan Terbaik, Johan disandang oleh Fleet Kenderaan PU Sendayan.