67 PEGAWAI DAN ANGGOTA LLP TUDM TERIMA DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA (DKAT) SESI 2 TAHUN 2022

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 20 Okt 22 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan bercemar duli ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) 2022 sesi kedua di Balairung Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir bagi menyaksikan istiadat pada hari ini. Turut hadir ke istiadat ialah Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan Panglima Tentera Laut, Lak-samana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany.

7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

Pada istiadat sesi kedua ini menyaksikan seramai 67 pegawai dan anggota LLP dari Tentera Udara Diraja Malaysia menerima DKAT. Mendahului senarai penerima pingat pada pagi ini ialah Mej Jen Dato’ Hj Saharuddin bin Mansor TUDM, Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan, BPP MATM yang dianugerahkan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT). Selain itu, Mej Jen Dato’ Ir Mohamad Razip bin A. Samad TUDM (Bersara) turut dianugerahkan Darjah PSAT.

Selain itu, seramai lima (5) Pegawai Kanan berpangkat Kol TUDM dianugerahkan Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), manakala 35 pegawai berpangkat Lt Kol TUDM kebawah dianugerahkan Darjah Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan 25 anggota Lain Lain Pangkat dianugerahkan Darjah Bentara Angkatan Tentera (BAT).

16 17 18
19 20 21

 

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2022. Semoga dengan penganugerahan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada penerima untuk terus maju jaya dalam perkhidmatan dan menyumbang jasa bakti demi kedaulatan negara tercinta.