500 VETERAN ATM DIANUGERAHKAN PINGAT JASA MALAYSIA

27 6 7
9 11 12
13 15 16
19 22 23
24 25 26

 

KUALA LUMPUR, 21 Feb 24 – Seramai 500 veteran Angkatan Tentera Malaysia telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam Majlis Penganugerahan PJM yang dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini.

Penyampaian pingat tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu. Sehingga hari ini, seramai 41,331 warga Veteran ATM telah menerima PJM.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara turut hadir menyaksikan majlis penganugerahan pingat ini.