![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
LONDON, UNITED KINGDOM β Panglima Tentera Udara, Jen Datoβ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, telah menghadiri acara pertahanan udara dan angkasa berprestij iaitu Global Air & Space Chiefsβ Conference 2025 (GASCC25) dan Royal International Air Tattoo (RIAT) 2025, bermula 16 hingga 19 Julai 2025. Turut mengiringi beliau ialah Mej Jen Mohd Sani bin Omar TUDM, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan.
πππππππ : ππππππππ ππππππ πππππ πππ πππππππ ππππ ππππππππππ
Bertempat di IET, Savoy Place, London, GASCC25 yang telah menghimpunkan ramai ketua tertinggi tentera udara dunia, pakar strategi, dan penggiat industri pertahanan bertemakan βIntegrated Air & Space Power in the Evolving Battlespaceβ.
Antara topik penting yang dibincangkan:
1. Perubahan Strategik Global β Ketegangan di Eropah Timur, Indo-Pasifik, dan kebangkitan kuasa besar memberikan cabaran baharu terhadap strategi udara.
2. Penguasaan Domain Angkasa β Peningkatan kepentingan Space Domain Awareness, termasuk kerjasama antara negara dan sektor swasta dalam menangani ancaman terhadap keselamatan satelit dan pertahanan angkasa.
3. Kuasa Udara Generasi Ke-6 dan Autonomi β Gabungan teknologi AI dan platform udara terkini memerlukan doktrin dan integrasi manusia-mesin yang lebih sofistikated.
4. Ancaman Dron dan Peperangan Elektronik (EW) β Pengajaran dari konflik Ukraine menyerlahkan kepentingan sistem counter-UAS dan pelaburan dalam EW.
5. Inovasi Multi-Domain β Pendekatan kolaboratif antara ketumbukan udara, maritim, darat dan siber diperlukan untuk mengimbangi ancaman dalam konflik masakini.
Semasa persidangan ini, Jeneral Datoβ Sri Haji Muhamad Norazlan turut bertemu dengan beberapa rakan sejawatnya termasuklah Mejar Jeneral Kelvin Fan Sui Siong dari Republic of Singapore (RSAF) dan Air Chief Marshal Punpakdee Pattanakul, Commander in Chief Royal Thai Air Force (RTAF).
Disamping itu, persidangan ini turut menampilkan ucaptama oleh Minister of UK Armed Forces Luke Pollard, Air Chief Marshal Sir Rich Knighton, RAF Chief of Staff dan General David W.Alvin, Chief of Staff of the United States Air Force.
Penglibatan Panglima Tentera Udara ini turut mempamerkan kedudukan TUDM di dalam gelanggang strategik global serta memastikan projeksi perancangan operasi, teknologi dan pengaruh antarabangsa kekal relevan sejajar dengan perancangan strategik TUDM.
ππππ ππππ: πππππππππ πππππ πππ πππππππππ πππππππππ ππππ
Bertempat di RAF Fairford, Gloucestershire, RIAT 2025 berfungsi sebagai platform pertemuan bilateral, kerjasama industri, dan penilaian teknologi udara terkini dari seluruh dunia. RIAT turut memperlihatkan penglibatan 27 negara dan disertai 41 Panglima Tentera Udara pelbagai negara.
Antara pengisian utama delegasi TUDM termasuk pertemuan Dua Hala dengan RSAF Air Chief (Singapura) dan RAAF Air Chief (Australia) yang membincangkan mengenai keupayaan rondaan maritim dan integrasi latihan serantau.
Disamping itu, kerjasama Industri dan Potensi Perolehan, delegasi ini turut melaksanakan pertemuan dan perbincangan dengan Syarikat RUAG (Switzerland) bagi sokongan dan koloborasi berterusan ke atas Perawat F/A-18 serta potensi rancangan pemindahan teknologi kepada negara. Di antara syarikat lain yang ditemui adalah L3Harris, Pilatus dan juga Leonardo Itali yang turut membincangkan isu semasa serta perbincangan keupayaan syarikat tersebut di dalam industri aeroangkasa.
Beliau dan delegasi turut menghadiri Makan Malam Gala yang dianjurkan oleh pihak tuan rumah bertempat di RAF Fairford. Di samping itu, Datin Sri Hajjah Wan Nor Sazlina Binti Wan Abd Shukor pula telah melibatkan diri dengan menghadiri βPartner Programmeβ bersama para isteri Panglima-Panglima Tentera Udara pelbagai negara.
Penglibatan Panglima Tentera Udara di acara peringkat antarabangsa ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengeratkan hubungan diplomasi serta kerjasama pertahanan khususnya ke arah memperkasakan TUDM sebagai sebuah organisasi yang unggul bertepatan dengan visi dan misinya.