SUBANG, 27 Januari 2025 – Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah No 1 Skn, Lt Kol Ahmad Syazwan bin Mohamed TUDM dan Pegawai Memerintah No 8 Skn, Lt Kol Phanom a/l Achuan TUDM di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan pelantikan kedua-dua pegawai sebagai Pegawai Memerintah yang baharu berkuatkuasa pada Januari 2025.
Dalam kunjungan hormat berkenaan, Panglima Bantuan Udara turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pegawai atas pelantikan sebagai Pegawai Memerintah Skuadron yang baharu.