𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝟐 πŠπ„ π’πŠπ πŸ‘πŸ‘πŸŽ π“π”πƒπŒ

IMG 8347 IMG 8306 IMG 8549
  IMG 8372 IMG 8333

 

KOTA SAMARAHAN, 20 Feb 24 - Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM dan delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Skn 330 TUDM. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pemangku Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Azizan bin Mohamed Razali TUDM dan Eksekutif skn. Panglima Wilayah Udara 2 dan delegasi telah meluangkan masa untuk bersama-sama warga Skn 330 TUDM menunaikan solat fardhu zohor berjemaah di Masjid Al-Muhaimin Skn 330 sebelum memulakan lawatan kerja.

Seterusnya, delegasi lawatan telah dibawa melawat ke tapak chiller, bangunan operasi dan bilik operasi Skn 330 TUDM. Panglima Wilayah Udara 2 dan delegasi telah diberikan taklimat secara walking brief berkenaan pengoperasian Skn 330 TUDM merangkumi risik udara, demonstrasi Radar Quality Control (RQC), sistem Precision Air Conditioner (PAC) dan juga Uninterruptible Power Supply (UPS).

Dikesempatan lawatan ini, Pemangku Pegawai Memerintah berpeluang menerangkan tanggungjawab dan kepentingan pengoperasian Skn 330 di dalam Wilayah Udara 2 amnya dan TUDM khasnya.