PUTRAJAYA, 9 Disember 2023 โ Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah mewakili Panglima Tentera Udara hadir di Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tahun 2023 yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Datoโ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya hari ini.
Majlis graduasi yang dilaksanakan serentak untuk ketiga-tiga kolej di bawah PUSPAHANAS ini melibatkan seramai 273 orang Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan (Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia), angkatan tentera luar negara serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) daripada kementerian dan agensi kerajaan iaitu Kementerian Pertahanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Majlis berlangsung dalam tiga sesi iaitu Sesi pertama melibatkan Penuntut Kursus MKN Siri 4/2023 yang terdiri daripada 23 orang pegawai kanan berpangkat Brigadier Jeneral dan Kolonel setaraf daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan. Maktab ini merupakan satu-satunya institusi yang membincangkan secara khusus sembilan (9) tonggak Dasar Keselamatan Negara dan juga menjadi platform mempromosikan โWhole of Government Approachโ selain daripada menekankan tentang kesedaran keselamatan.
Sesi kedua pula melibatkan Penuntut Kursus MPAT Siri 43/2023 yang terdiri daripada 57 orang pegawai kanan berpangkat Leftenan Kolonel setaraf daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, 10 orang pegawai kanan daripada luar negara, seorang pegawai kanan daripada APMM dan 2 orang Pegawai Tadbir Diplomatik daripada Kementerian Pertahanan. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pegawai kanan tentera yang dapat berinteraksi secara berkesan dengan badan pemerintah, ahli akademik serta cendekiawan dalam aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan.
Manakala sesi terakhir melibatkan penuntut Kursus MTAT Siri 52/2023 yang terdiri daripada 146 orang pegawai berpangkat Mejar setaraf daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, 33 penuntut kursus luar negara dan seorang pegawai dari APMM. Objektif utama kursus MTAT adalah untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti dan mempunyai kemahiran dalam merancang, melaksanakan perang serta pengurusan sumber dalam persekitaran peperangan bersama.
Turut hadir ke Majlis Graduasi berkenaan adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohamad bin Ab Rahman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob; Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali, pegawai-pegawai kanan ATM dan Atase-atase Pertahanan.
Sekalung Tahniah kepada semua penuntut khususnya Pegawai Kanan TUDM yang telah menamatkan pengajian dan membawa pulang pengalaman,kelulusan akademik dan ilmu pengetahuan untuk manfaaf bersama.