KUANTAN, 21 Dis 22 – Bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Pegawai SKOM dan SKTU. Majlis serah terima tugas itu telah disaksikan oleh Komandan INSPRA Kol Mohd Shafreen bin Baba TUDM.
Lt Kol Mohd Hazaruddin bin Harun TUDM telah menyerahkan tugas Ketua Sekolah Komunikasi kepada Lt Kol Salehin bin Md Zain TUDM. Manakala Lt Kol Mohd Amiruddin bin Ahmad Zaini TUDM menyerahkan tugas Ketua Sekolah Kawalan Trafik Udara kepada Mej Mohd Shahril bin Mohd Husin TUDM.
Sebelum berakhirnya majlis Komandan INSPRA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lt Kol Mohd Hazaruddin dan Lt Kol Salehin diatas khidmat jasa bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada sekolah sepanjang berkhidmat di INSPRA sebagai Ketua Sekolah.
Terdahulu, Komandan INSPRA Kol Shafreen bin Baba TUDM berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kepada Lt Kol Mohd Hazaruddin dan Lt Kol Salehin sebagai tanda penghargaan.