SENDAYAN, 23 Sep 22 – Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat anggota INSTAR bertempat di Dataran Munsyi, INSTAR. Upacara tersebut menyaksikan tujuh (7) orang anggota INSTAR telah dinaikkan pangkat berkuatkuasa pada 5 Sep 22. Anggota pertama ialah F/Sjn Mohd Suhaimi bin Mohd Saad yang dinaikkan pangkat ke Pemangku PW U II dengan memegang jawatan sebagai Pegawai Waran Sekolah Pembantu Pertahanan. Seterusnya Sjn U Sahriezal bin Ismail dan Sjn U Najmuddin bin Mislan masing-masing dinaikkan pangkat ke Pemangku F/Sjn dalam jawatan PTTK Sekolah Pembantu Pertahanan dan PTTK Bahagian Bantuan. Manakala baki empat anggota yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Sjn U ialah Kpl U Mohd Rezuwan bin Mustaffa Saad memegang jawatan sebagai Jurulatih HANDAU, Kpl U Akmal bin Abu Hasan memegang jawatan sebagai Jurulatih Jasmani, Kpl U Mohamad Arbain bin Mohd Nazri dan Kpl U Izalan bin Isahak memegang jawatan Jurulatih Sajian. Semoga dengan kenaikan pangkat tersebut akan menjadi inspirasi kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan khususnya dan menjadi motivasi kepada anggota yang lain.
Majlis diteruskan dengan pemberian Surat Tahniah oleh Pegawai Memerintah INSTAR kepada Kapt Syuhada Azreen binti Norazman TUDM di atas kecemerlangan beliau memperolehi anugerah Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Pegawai Skuadron Siri 97/22 yang lalu. Semoga dengan kejayaan beliau menjadi pemangkin semangat kepada semua pegawai dan anggota INSTAR untuk mencapai kejayaan di dalam perkhidmatan. Selanjutnya Kapt Syuhada Azreen binti Norazman TUDM menyerahkan tugas beliau selaku Ketua Bahagian Kurikulum kepada Kapt Mohd Rudaini bin Hamzah TUDM melalui upacara Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Kurikulum yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah INSTAR dan semua warga INSTAR.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati warga INSTAR bertukar keluar yang diadakan di Dewan Al-Fateh, INSTAR. Dalam majlis ini, Pegawai Memerintah INSTAR telah menyampaikan cenderahati kepada Kapt Syuhada Azreen binti Norazman TUDM yang akan bertukar keluar ke Markas Tentera Udara – Bahagian Sumber Manusia, F/Sjn Haznan bin Hazali ke Markas Tentera Udara – Cawangan Perundangan, F/Sjn Mohd Ghadaffi bin Kamarudin ke Flait Pengurusan Latihan, Sekolah Latihan Pegawai, Sjn U Mohd Nor Firdaus bin Sharuman ke Pusat Hospitaliti Udara, Sjn U Wan Rozaidi bin Wan Deraman ke Pangkalan Udara Gong Kedak, Sjn U Mohammad Noor Khomeini bin Awang Kechik ke Cawangan Latihan Akademi Tentera Udara, Ipoh dan Kpl U Shahril bin Shamsuni ke Cawangan Materiel – Markas Simpanan Tentera Udara.
Seluruh warga INSTAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di INSTAR. Selamat maju jaya di tempat baru dan semoga terus cemerlang pada masa akan datang.