TIM COBRA MELANCARKAN 3 BUAH PROJEK INOVASI NO 12 SKN BERIMPAK TINGGI ARMTSV-Pro, COBRA CANOPY COVER (CCC) DAN LOCKING WIRE VENDING MACHINE (LWVM)

1 2 3
4 5

 

GONG KEDAK, 17 Mac 23 - Tim COBRA yang diketuai oleh Mej Mohd Khairil Ashraf bin Maton TUDM dan dibantu oleh Kapt Nisha Alexandra Samuel TUDM bersama tiga (3) ahli tim dari No 12 Skn, Pangkalan Udara Gong Kedak melakarkan sejarah melancarkan tiga (3) buah projek inovasi serentak untuk dipertandingkan dalam Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat TUDM bagi tahun 2023.

Produk pertama iaitu ARMTSV-Pro dicipta bagi mengatasi permasalahan alatuji Flight Data Analysis (ARMTSV) yang mengalami kerosakan akibat usang dan obsolete serta melibatkan kos pembaikan dan perolehan baharu yang sangat tinggi. Kelebihan ARMTSV-Pro ini lebih kompak, ringan, ergonomik, pantas, multitasking dan memberikan penjimatan yang tinggi. ARMTSV-Pro telah mendapat pengiktirafan daripada Flight Test Pilot (Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM) dan Flight Test Engineer (Lt Kol Roslimizal bin Kamarozaman TUDM) kerana telah digunakan ketika perlaksanaan pengujiaan Drag Chute ATK-30 di pesawat Su-30MKM. Selain itu data analisis ARMTSV-Pro ini juga telah divalidasi dan diiktiraf oleh syarikat Caidmark Sdn Bhd kerana data yang diproses oleh ARMTSV-Pro adalah accurate seperti data diproses dari alatuji ARMTSV OEM. Satu demonstrasi khas telah dilaksanakan kepada AKS Kejuruteraan Mej Jen Hishammudin bin Abdul Rahman menunjukkan kebolehan dan tahap kesediaan ARMTSV-Pro.

Projek COBRA Canopy Cover (CCC) pula dicipta bagi mengatasi permasalahan kerosakan canopy pesawat Su-30MKM akibat suhu yang tinggi serta mengatasi kerosakan peralatan avionik pesawat akibat water damage. Satu pameran dan demonstrasi juga telah dilaksanakan dan disaksikan oleh Pegawai Penguji STRIDE En Redzuan bin Mat Isa, Head of Department ATSC Lt kol Pidrus bin Hassan dan Operation Manager Parachute K En Mohamad Khir Kassim. Pihak STRIDE dan Parachute K berpuas hati dengan pemilihan material yang tepat untuk mengatasi suhu serta kalis air. Pihak ATSC dan Parachute K turut berminat untuk bekerjasama dalam proses replikasi COBRA Canopy Cover tersebut.

Produk terakhir Tim COBRA adalah Locking Wire Vending Machine (LWVM) yang dicipta sebagai kotak penyimpanan yang membolehkan centralization semua jenis saiz locking wire. LWVM juga mempunyai dehumidifier bagi mengatasi pengaratan locking wire dan dapat mengatasi kehilangan serta pembaziran locking wire. LWVM ini juga boleh digunakan oleh semua skuadron penerbangan serta agensi penyelenggaraan pesawat seperti ATSC, AIROD, Gading Kasturi dan sebagainya.

Mej Mohd Mohd Khairil Ashraf bin Maton TUDM serta pasukannya yakin bahawa projek-projek inovasi yang dicipta mampu mencapai objektif penciptaannya demi meningkatkan kesiagaan pesawat di samping mendokong tonggak ke-4 Perintah Ulung YBhg Panglima Tentera Udara iaitu ‘Mengoptimumkan Pengurusan Sumber dan Meningkatkan Budaya Inovasi’.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tim COBRA dan semoga projek-projek ini mampu menyuntik semangat kepada inventor-inventor TUDM yang lain dalam membudayakan inovasi.