TAKLIMAT PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) DI AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20240214 WA0035 IMG 20240214 WA0043 IMG 20240214 WA0045
IMG 20240214 WA0049 IMG 20240214 WA0059 IMG 20240214 WA0039

 

IPOH, 8 Feb 24 – Taklimat Pangkalan Data Utama (PADU) telah dijalankan di Dewan Rajawali, Akademi Tentera Udara (ATU) yang melibatkan seramai 150 staf dan 450 Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 67/23. Taklimat tersebut turut dihadiri Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM serta barisan eksekutif yang lain dan bermula jam 0900.

Taklimat PADU ini telah disampaikan oleh Cik Nurul Ain Syuhadar binti Amran bersama-sama 6 lagi wakil staf daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak. Beliau memberikan taklimat berkenaan keperluan pendaftaran PADU yang boleh dilakukan pada capaian laman sesawang.

Taklimat berkenaan turut menekankan kepentingan setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk mendaftar dan mengemaskini butiran peribadi masing-masing lebih-lebih lagi anggota tentera yang diwajibkan bertindak sebelum 31 Mac 2024 sebagaimana arahan yang telah dikeluarkan oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM).

Semoga dengan taklimat yang diberikan, anggota khususnya di ATU dapat memahami dengan lebih mendalam hasrat kerajaan persekutuan untuk membantu rakyat Malaysia memperoleh bantuan setimpal dengan taraf pendapatan dan secara tidak langsung memacu kestabilan ekonomi negara pada masa hadapan bersesuaian dengan moto "PADU Meneraju Akses Digital".