TAKLIMAT BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020 DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

GONG KEDAK, 17 Jul 2020 - Taklimat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak.

Taklimat ini telah disampaikan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia bagi menerangkan tatacara dan proses menjawab bancian kepada Ketua dan Penolong Ketua Blok RKAT di dalam pangkalan. Selain itu, Banci 2020 akan dilaksanakan secara online melalui sistem E-Census ke atas semua penghuni RKAT di dalam pangkalan.

Taklimat ini diakhiri dengan penyerahan Kad Panduan E-Census oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu, En Mohd Sofi bin Ali kepada Ketua-ketua Blok RKAT LLP. Turut hadir Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, Pegawai-pegawai, Ketua dan Penolong Ketua Blok RKAT LLP Pangkalan Udara Gong Kedak.