SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN TUDM DAN BAKAT PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
6 5 4

 

GONG KEDAK, 12 Dis 2020 - BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Kebajikan ATM dan Kebajikan (KSSKA) BAKAT pangkalan kepada anak anggota yang menghidap sakit kronik dan OKU yang disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT pangkalan, Puan Haniza binti Mior Hashim di Rumah BAKAT pangkalan.

Seramai 15 orang anggota yang mempunyai anak sakit kronik dan OKU telah menerima sumbangan. Semoga dengan penyampaian sumbangan ini dapat meringankan beban anggota dan keluarga.

Turut hadir Penasihat BAKAT Pangkalan, Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM dan Timbalan Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Nor Sela binti Yahya serta Ketua-Ketua Biro BAKAT pangkalan.