KOTA SAMARAHAN, 31 Jan 24 - Masjid Al Muhaimin Skn 330 telah membuka tirai tahun 2024 dengan menganjurkan Solat Sunat Dhuha berjemaah serta Program Jiwa Murni yang dilaksanakan di Surau Darul Iman, Taman Samarindah Kota Samarahan. Program telah bermula seawal 8 pagi yang dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha berjemaah & seterusnya pergerakkan ke Surau Darul iman bagi aktiviti gotong-royong pembersihan luar serta dalam surau.
Program hari ini turut diisi dengan tahlil, solat zohor berjemaah serta jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Warga Skn serta komuniti tempatan yang turut serta bagi Program Jiwa Murni kali ini. Selain dari Warga Skn serta komuniti tempatan. Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM turut turun padang bagi menyertai Program Jiwa Murni yang dianjurkan oleh Masjid Al-Muhaimin Skn 330 & secara tidak langsung dapat menyantuni Warga Skn serta komuniti setempat.
Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM menyatakan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Pegawai Memerintah Skn 330 TUDM dan Warga Skn dalam penganjuran Program Jiwa Murni kali ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi dan komuniti Surau Darul Iman serta komuniti tempatan yang memberi layanan serta kerjasama baik kepada Masjid Al-Muhaimin Skn 330 selaku pihak penganjur bagi Program Jiwa Murni kali ini. Semoga ikatan silaturrahim serta jalinan kerjasama yang telah dimeterai pada hari ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.