TANJUNG BUNGAH, 8 Sep 22 – Pelaksanaan Simulasi Majlis Makan Beradat bertemakan Malam Penghargaan Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU) telah diadakan di Dewan Tertutup Khalid, PHU. Majlis ini dianjurkan oleh penuntut Kursus Pembantu Sajian Peningkatan Kelas I Siri 7/22 bagi memenuhi keperluan penilaian dalam kurikulum kursus di samping memberi pendedahan kepada penuntut berkaitan tatacara pengurusan Majlis Makan Beradat.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Memerintah PHU, Lt Kol Abd Rahim bin Ahmad TUDM; Ketua Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH), Kapt Muhammad Izni bin Zainudin TUDM, para pegawai, jurulatih-jurulatih SKH dan staf PHU.
Tahniah diucapkan kepada semua penuntut Kursus Pembantu Sajian Peningkatan Kelas I Siri 7/22 kerana telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan demi meningkatkan kualiti dan kemahiran anggota Chef Tentera pada masa hadapan.