BUTTERWORTH, 3 Sep 20 – Terminal Peluru 2, Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Terminal Peluru 2 di Pejabat Komander Pangkalan, Markas Pangkalan.
Serah terima tugas di antara Mej Johan Sutiman bin Mohamed Noor TUDM dengan Mej Indra Gunawan bin Norman Hidayat TUDM turut disaksikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM serta Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama, Kol Gopalan a/l Manickam TUDM dan warga Terminal Peluru 2, Pangkalan Udara Butterworth.