BUTTERWORTH, 24 Dis 21 - Komander Pangkalan Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Materiel diantara Lt Kol Salehudin bin Azam TUDM dengan Mej Mustaza Huzzairin bin Ahmad TUDM.Majlis Serah Terima Tugas ini telah diadakan di Auditorium No 18 Skn serta dihadiri oleh Pegawai Memerintah Unit/Skn, Eksekutif Pangkalan dan seluruh warga Materiel.
Seluruh warga Materiel dan Pangkalan merakamkan ucapan tahniah kepada Mej Mustaza Huzzairin bin Ahmad TUDM atas pelantikan sebagai Ketua Cawangan Materiel Pangkalan Udara Butterworth yang baharu dan terima kasih kepada Lt Kol Salehudin bin Azam TUDM atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan tersebut.