SEMINAR PTTK CAWANGAN TADBIR TAHUN 2023

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KUALA SELANGOR, 10 Nov 23 – Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Kerani dan PTTK dari Markas, Pangkalan dan Unit TUDM telah hadir ke Seminar PTTK Cawangan Tadbir tahun 2023 bertempat di De Palma Resort, Kuala Selangor yang berlangsung dari 8 hingga 10 Nov 23. Seminar ini telah dipengerusikan oleh Panglima Rejimen, Brig Jen Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Termizi TUDM.

Secara umumnya, seminar PTTK ini diadakan bagi mencapai beberapa objektif yang telah ditetapkan antaranya mendedahkan perkara-perkara berkaitan Pengurusan Dokumentasi, Pentadbiran Anggota Pengurusan Kerjaya Pegawai dan Anggota, Pengurusan Sistem HRMIS ATM, Taklimat berkaitan Kes Buli serta Pencapaian Anggota Cawangan Tadbir dalam Kursus Kepimpinan Pegawai Waren (KKPW).

Hasil rangkuman daripada pembentangan dan perbicangan sepanjang seminar ini, beberapa resolusi telah dicapai untuk pelaksanaan dan tindakan Ketua Kerani dan PTTK di Markas, Pangkalan dan Unit dalam TUDM. Semoga dengan resolusi ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti PTTK Cawangan Tadbir kearah mewujudkan satu budaya organisasi yang berinovasi, kreatif dan cemerlang yang berupaya memartabatkan Cawangan Tadbir ke satu tahap yang unggul selaras dengan "Pelan Strategik Cawangan Tadbir 2023-2030".

Turut hadir dalam seminar pada kali ini adalah Kol Hamdan bin Ahmad TUDM; Pengarah Sumber Manusia, Kol Mohd Zairul Hisyam bin Muhamad Ibrahim TUDM, Ketua Pengarah BOPKP; Kol Muhsin bin Mat Nor TUDM, Pengarah Rancang Cawang Provos Marsyal; Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM, Pengarah Perkhidmatan serta pegawai-pegawai Cawangan Tadbir.