SEMINAR PTT KANAN MATERIEL DAN PPK TAHUN 2021

Gambar 4 Gambar 5
Gambar 3 Gambar 2

 

KINRARA, 28 Okt 21 – MTU-Materiel telah menganjurkan Seminar PTTK Materiel dan Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK) Tahun 2021 di Espira Kinrara Resort, Puchong Selangor pada 25 hingga 28 Okt 21 melibatkan seramai 60 PTTK Materiel dan PPK dari pelbagai unit seluruh Malaysia.

Seminar ini adalah merupakan satu usaha dari bahagian ini dalam memperkasakan PTTK Materiel dan PPK dari segi pengetahuan dan pengurusan dalam pentadbiran. Selain itu, beberapa pelan penambahbaikan dibentangkan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan selain dari memastikan dasar dan polisi Materiel, pembangunan sumber manusia dan kesediaan infra di tahap yang terbaik serta selari dengan keperluan masa kini dan akan datang keseluruhannya.

Pada sesi kali ini juga beberapa Pensyarah Jemputan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada peserta. Antara tajuk-tajuk yang telah dipilih adalah Had Kuasa SNCO daripada MTU-Perundangan, SalahLaku Kakitangan Kerajaan daripada SPRM, Pembangunan Modal Insan daripada KAGAT dan juga SNCO Empowerment yang telah disampaikan oleh Pegawai Waran TUDM.

Majlis perasmian dan penutup seminar telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Mej Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM. Disamping itu, Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta meneruskan segala usaha baik dalam memastikan Tred Materiel dan PPK sentiasa cemerlang dan relevan.