KUCHING, 20 Okt 22 – Pejabat Agama Pangkalan dan Pegawai Kaunseling Pangkalan telah menganjurkan Seminar Keluarga Mawaddah Peringkat Pangkalan Udara Kuching, bertempat di Dewan Sri Angkasa. Seminar ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota LLP dari skuadron dan cawangan serta pasangan masing-masing.
Seminar ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM bersama Isteri Puan Zubaidah binti Zahri.
Antara penceramah undangan bagi seminar ini ialah, Puan Izzah Hanani binti Suhaimi; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Dr Edris bin Aden, Penyelaras Program Kaunseling, Universiti Malaysia Sarawak.
Objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan ilmu pengurusan kekeluargaan bagi membentuk keluarga harmoni serta dapat menyemai nilai-nilai positif antara ibu bapa dan anak-anak di dalam kekeluargaan.
Majlis penutup Seminar Keluarga Mawaddah ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Khir Allauddin bin Ahmad Basari TUDM, Pegawai Eksekutif Pangkalan.