BUKIT IBAM, 24 Nov 22 – Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT), Bukit Ibam telah melaksanakan program RMAF 10 KM Challenge tahun 2022 di sekitar kawasan Bukit Ibam melibatkan pegawai dan anggota LLP yang berkhidmat di SLTT dan Skn 322.
Acara dimulakan dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah SLTT, Mej Hj Mohamad Ijas bin Saidun Zubir TUDM dan seterusnya beliau menyempurnakan pelepaskan larian RMAF 10 KM Challenge.
Program kercergasan ini diadakan empat (4) kali setahun bagi memenuhi pengarahan yang telah dikeluarkan oleh Panglima Tentera Udara sebagai salah satu langkah meningkatkan tahap kecergasan pegawai dan anggota LLP dibawah naungan TUDM disamping membantu mendapatkan Body Mass Index (BMI) yang unggul.
Pegawai Memerintah SLTT turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota Polis Bukit Ibam kerana telah memberi bantuan bagi mengawal lalu lintas sepanjang pelaksanaan program ini.