KOTA SAMARAHAN, 21 Mei 22 - Skn 330 TUDM telah mengadakan Sambutan Hari Raya DO yang merupakan salah satu inisiatif Pegawai Memerintah serta Eksekutif² Skn setelah dua tahun negara dibelenggu oleh Pandemik Covid-19. Sambutan Hari Raya DO yang diadakan ini juga turut dihadiri oleh Eksekutif PU Kuching. Yang diadakan di Dewan Serbaguna Skn 330 TUDM. Sambutan kali ini berkonsepkan rumah terbuka dan inisiatif setiap cawangan serta bahagian bergoyong-royong bagi menyiapkan juadah hari raya masing-masing.
Pegawai Memerintah Skn 330 TUDM,Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM berharap dengan Sambutan Hari Raya DO ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim dikalangan warga Skn 330 TUDM keseluruhannya.