SAMBUTAN HARI KEBESARAN CERAMAH AWAL MUHARAM DAN PENYERAHAN SIJIL KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT BAGI SURAU AL-JAHIRAH PANGKALAN

A B C
D E F

 

KUCHING, 8 Ogos 22 – Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Al-Fadil Ustaz Abang Borhanudin bin Abang Masuine telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat bagi Surau Al-Jahirah kepada Komander Pangkalan Udara Kuching, Kolonel Mohammad Jafri bin Suboh TUDM.

Surau Al-Jahirah Pangkalan Udara Kuching telah diberikan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat secara tetap dan dinaik taraf kepada Surau Jumaat oleh Majlis Islam Sarawak berkuatkuasa mulai 8 April 22.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Ceramah Awal Muharam 1444H yang disampaikan oleh Al-Fadil Ust Haji Suharman bin Edward - Pegawai Agama Islam Bahagian Kuching.

Sebelum mengakhiri majlis, Komander Pangkalan menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan dan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak di atas penyempurnaan kedua-dua majlis tersebut.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer