RMAF 10 KM CHALLENGE FASA 1 PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 9023 DSC 9025 DSC 9077
DSC 9103 DSC 9115 DSC 9131
DSC 9161 DSC 9177 DSC 9211

 

KUANTAN, 21 Sep 23 – Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan RMAF 10 KM Challenge Fasa 1 bertempat di Dispersal Area, Cawangan Kejuruteraan, pagi ini.

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 6.30 pagi. Usai pendaftaran, aktiviti diteruskan tabata dan juga sesi warming up yang diketuai oleh jurulatih jasmani pangkalan. Tepat jam 7.30 pagi semua peserta larian 10 KM dilepaskan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM.

DSC 9299 DSC 9349 DSC 9377
DSC 9427 DSC 9559 DSC 9803

 

Setelah kesemua peserta melengkapkan larian sejauh 10 KM, aktiviti diteruskan dengan sesi cooling down. Pemangku Komander Pangkalan diiringi Pegawai Sukan Pangkalan telah juga menyempurnakan acara penyerahan sijil kepada peserta Program BMI Pangkalan dan juga pemenang untuk kategori pelari lelaki dan wanita terpantas bagi RMAF 10 KM Challenge kali ini.

Program larian RMAF 10 KM Challenge ini merupakan aspirasi pimpinan tertinggi TUDM agar semua peringkat pegawai dan anggota dapat menjalani kehidupan dengan seimbang.

DSC 9806 DSC 9827 DSC 9831
DSC 9837 DSC 9843 DSC 9877