SENDAYAN, 1 Nov 21 – Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) telah mengadakan Pertandingan Merentas Halangan "Spartan Challenge" di Obstacle Course MPSTU bertemakan "Give Them Nothing, But Take From Them Everything". Pertandingan yang dianjurkan oleh penuntut Squadron Officer Course (SOC) Siri 95/21 dari Sindiket Alpha ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM. Enam kumpulan bertanding melibatkan penganjur iaitu empat kumpulan daripada penuntut SOC, satu kumpulan Senior Trainer Course (STC) dan satu kumpulan staf INSKEP ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamat utama iaitu memupuk semangat kerjayasama dalam kalangan warga INSKEP dengan mengamalkan budaya hidup sihat. Selain itu, program ini juga diadakan berdasarkan keperluan di dalam Kurikulum melalui Modul ‘Event Management’.
Johan pertandingan dimenangi oleh Kumpulan Leonidas daripada SOC 95/21, naib johan dimenangi oleh Kumpulan Charillos juga daripada SOC 95/21, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Demaratus daripada staf INSKEP. Program ini dilaksanakan dengan mematuhi SOP COVID-19 sepenuhnya seperti yang dikeluarkan oleh MKN.
Tahniah Sindiket Alpha SOC Siri 95/21 di atas penganjuran ‘SPARTAN CHALLENGE’ yang begitu hebat.