PUTRAJAYA, 7 Okt 23 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan Jawatankuasa Pemilihan Akhir AIPSA 2023 yang diketuai oleh Datuk Seri Isham bin Ishak bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya. Di AIPSA 23 ini, projek inovasi ciptaan Tim KIK PUSPEKA iaitu Revolution Advanced Innovation Network (RAIN) yang berjaya dalam ADISA23 telah mendapt pujian daripada Jawatankuasa Pemilihan Akhir AIPSA 2023 dan layak bagi penilaian pemenang AIPSA. Projek RAIN ini telah menempa sejarah buat TUDM apabila pertama kali berjaya ke saringan akhir pertandingan AIPSA 2023.
Projek RAIN adalah sebuah peralatan menambahbaik sistem rakaman pemantauan ruang udara sediaada melalui pesawat EC 725 dan memastikan Kedaulatan Negara terpelihara. RAIN memacu peningkatan keselamatan Negara Malaysia dan mempunyai nilai Inovasi dalam kesediaan (readiness) dan ketahanan (sustainability), sekaligus menghasilkan tahap kesiagaan (preparedness) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan datang. Projek RAIN ini diketuai oleh Mejar Mohd Haziq Izzat bin Sulaiman TUDM dan dibantu Moderator Inovasi Kementerian Pertahanan, Mejar Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM.
TUDM akan terus unggul dalam pelaksanaan fungsi utamanya, iaitu melindungi kedaulatan dan kepentingan ruang udara negara. TUDM akan terus menggalakkan menyokong warganya dalam membudayakan serta mengimplementasikan inovasi secara berterusan dalam menghasilkan Projek Inovasi berimpak tinggi.